Sabtu, 7 Disember 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


assalamua'laikum, 
hari ni saya nak buat ulasan tentang buku eh!!! Media Sosial

Dalam buku Eh!!! Media Sosial terdapat 8 bab yang berkaitan dengan media sosial. Bab 1 bertajuk Media Sosial menunjukkan gambaran keseluruhan. Bab ini menerangkan gambaran keseluruhan mengenai media sosial dan merangkumi kegunaannya dalam kehidupan seharian. Bab 2 pula bertajuk Twitter dan trend terkini. Twitter merupakan platform untuk anak muda meluahkan perasaan atau menyampaikan maklumat terkini dengan cepat dan efisyen. Seterusnya, Facebook juga masih dibincangkan dalam bab 3 buku ini. Misalnya, kegunaan Facebook masih lagi relevan dalam kalangan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka lebih-lebih lagi kemahiran membaca dan menulis. Seterusnya dalam bab 4, buku ini membincangkan keseronokan media sosial Instagram. Instagram telah menjadi pilihan atau platform kegemaran kepada penggemar-penggemar media sosial di seluruh dunia.
Selain itu, penggunaan email juga diterangkan dalam bab 5. Email sangat berguna kerana ia memudahkan urusan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Penggunaan email masih lagi meluas kerana ia merupakan ‘ibu’ kepada seluruh media sosial. Bagi mereka yang mempunyai email, mereka juga boleh berkomunikasi dalam blog. Dalam bab 6, ia menerangkankan mengenai kegunaan blog. Aktiviti penulisan blog merupakan aktiviti berguna kerana ia bukan sahaja sebagai platform untuk menyampaikan maklumat tetapi ia juga boleh menjadi tempat pelajar meluahkan perasaan dan meningkatkan keyakinan. Kesemua kegunaan platform media sosial seperti twitter, facebook, instagram, email dan blog diterangkan dalam buku ini. Selain itu, isu penggunaan jaringan sosial juga turut dibincangkan dalam buku ini menerusi bab 7 buku ini. Isu seperti penyalahgunaan rangkaian turut dibincangkan dalam buku ini. Bab 8 merupakan bab yang terakhir dalam buku. Bab ini menerangkan implikasi pedagogi seperti menghasilkan perbualan yang relevan dan berlatih penggunaan bahasa sasaran. Secara keseluruhan, buku ini memberikan banyak manfaat dalam menerangkan penggunaan media sosial seperti menyampaikan maklumat yang bermanfaat kepada orang lain.


Rujukan:


Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT

Penulis: Prof. Dr. Noraein Mansor & Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: RM60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410Satu: DIRI

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...