Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Misalnya, munulis blog juga meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif.
Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yan lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. blog juga merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad.
Blog juga membantu pelajar atau indivdual menerokai dan mengasimilasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan. blog dalam pembelajaran bahasa kedua juga telah dijalankan untuk bertujuan meningkatkan kefahaman tentang kajian bahasa. kegunaan blog juga meningkatkan kemahiran menulis di konteks pembelajaran bahasa kedua (Nadzrah Abu Bakar & Kemboja Ismail, 2009; Normaliza Abd Rahim et al., 2008).
Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik iaitu:
1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
4) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
5)Berilmu untuk penulisan pendidikan.
6) Dapat dibaca dan difahami.
7) Dapat berkomunikasi dengan pembaca
8) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda
10) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Keputusan penulisan blog dalam pengajia kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi telah menunjukkan kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini telah memperolehi keyakinan mereka untuk menulis di blog. kajian Zaini Amir et al. (2011) mengatakan blog sangat membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis dan juga memaksimakan aktiviti penulisan pelajar. kajian ini juga menggalakkan pelajar dalam proses mempelakari bahsa kedua.
Menulis blog boleh dijadikan senagai proses untuk menolong dan mempertingkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan. oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pemdapat dan komen terhadap topik yang dibincangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BBM3410Satu: DIRI
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...
-
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...
-
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan