Sabtu, 12 Oktober 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

   Sinopsis Cerita Sosial

Kisah ini menceritakan tentang seorang budak yang berumur 9 tahun iaitu bernama Alim. Alim mempunyai seorang bapa, ibu, abang, kakak dan adik perempuan. Pada suatu hari, Alim dan keluargaannya pulang ke kampung halaman nenek dan datuknya di Kajang. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung. Setelah sampai di kampung halaman, Alim terus keluar dan mencari-cari ayam dan itik di reban. Namun, Alim berasa sedih kerana tidak menjumpai ayam dan itik di reban tersebut. Nenek dan datuk pula terkejut melihat Alim sedang menangis. Nenek memujuk Alim sambil memegang tangan Alim sambil berjalan sekeliling rumah bercerita tentang almari, katil, kerusi dan dapur kepada Alim. Setelah itu, Alim terus masuk ke dalam rumah duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Nenek dan datuk mempunyai nilai kasih sayang, ambil berat. rasional, tanggungjawab, ikhlas, jujur, baik hati dan kekeluargaan. Malah, Alim sendiri mempunyai nilai sosial yang dipelajarinya setiap hari dengan merujuk ahli keluargannya. 


Cerita ini dipetik dari: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.


Jenis Multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ialah:

1)   Facebook
Setiap orang yang mempunyai akaun facebook dapat berkongsi cerita ini dengan mudah. hal ini pembaca dapat mengetahui apa isi kandung cerita tersebut.

2)  Instagram

Instagram merupakan alat komunikasi dalam talian yang membolehkan penggunannya berkongsi cerita kepada pembaca. Misalnya, pembaca mudah mencari cerita sosial ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BBM3410Satu: DIRI

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...