MUHAMAD NOR BIN NORLIZAN
195135
Mama suruh along kemas dekat almari. Along pergi kemas dekat almari ..jawab along, along sambil mengangkat buku-buku yang bertaburan atas lantai, ada kasut mama ke dalam ni. ni mesti mama lupa beli kasut pastu letak entah mana-mana. Along tanya sedemikian. along memegang kotak kasut tersebut dan berasa hairan kerana terdapat banyak lagi kotak kasut yang hampir sama lalu Along buka penutup kotak kasut tersebut dan kelihatan sampul surat saiz 4x9 tersusun dengan rapi. Kotak kasut itu juga kelihatan bewarna perang seperti sudah lama disimpan. Along mengambil satu sampul surat tersebut lalu dibaca. Along tanya ini surat cinta mama ke. Surat cinta mama kepada abah ke ni . bisik along berkenaan dan membaca. Kehadiran mak yang ku kasihi, mak apa khabar. along doakan mak sihat selalu. Mak masak apa hari ini, ikan keli sambal ke, along suka sangat sambal mak. Kat sini along tak boleh masak hari-hari kerana tak sempat. Kadang-kadang along beli je nasi bungkus. Tapi mana la boleh dibandingkan dengan masakan mama. Terutama sambal mak yang paling sedap. Hari ni mak, dekat pejabat along ada jamuan, tapi mak bukan harini saja tapi hari-hari along ada jamuan hari raya. Along hadir hari yang sempat je. Along selalu ingat pesan mak. Pesan mak bila keluar pejabat tu mesti catit berapa minit along keluar. Sebab along mesti ganti balik yang berapa along keluar tu.. mak selalu berpesan kepada along, kerja mesti ikhlas dan jujur, mesti berintegriti tak boleh megelat dan mengular bila bekerja nanti tak berkat. Along ingat pesan mak. Minggu lepas kan mak kawan kawan along ada nampak along catit waktu keluar dan masuk pejabat. Along tak sempat bawa bekal. Diaorang tanya kenapa mesti tulis. Mula-mula tu along ada nak cakap. Tapi along takut ada yang marah. Tapi bila dah tersesak, along bercerita tentang pesan mak. Ada yang terkejut mak. Ada yang tergamam bila along bercakap begitu. Pastu sejak haritu kawan-kawan along ikut cara along. Setiap waktu diaorang kerja dari pagi hingga petang diaorang catit buku nota. Setiap hari along tengok mereka dari pagi hingga pukul 6.30 petang. Tengah hari rehat cuma sejam. Itu yang pukul dua diaorang dah ada kat pejabat. Sebelum ni kan mak, ada ja la yang balik pukul 2.30 ada juga yang balik pukul 3.00 petang. Jadi dekat meja diaorang mak adik boleh menjerit-jerit bila pukul 2. along pula tak sempat nak tolong angkat barang sebab along pun kena layan orang yang telefon along. Kadang-kadang along terfikir jugak mak, masa mak bagitahu along pasal pasal sumua orang yang anggap kerja kerajaan yang asyik makan keluar minum ja, along rasa macam tercabar. Betul kata mak sebab along pun ada dengar dari kawan-kawan yang kerja kerajaan masuk kerja pukul 8 pagi keluar minum pukul 9 dan masuk balik pukul 11 pagi 12 tengah hari hilang entah ke mana. 2 3 petang baru masuk balik pejabat . entah la mak, along asyik cerita pasal kerja along ja. Patutnya along tanya pasal mak. Eh mak pokok ubi belakang rumah dah besar ke, along tak sabar nak cabut ubi. Nak minta mak masakan ubi rebus cicah sambal, along juga nak ubi makan dengan kelapa dengan gula. Jap mak ,nak lap air liur yang terleleh ni. Sebenarnya along rindu dan rasa nak tidur dengan mak hari-hari, nak tolong cabut uban mak, nak tolong buang kelomumur mak. Kepala mak gatal lagi tak. Nanti along belikan syampo baru untuk mak ya. Syampo lama tu mak tak lup dah. Tu yang pala mak gatal tu. Minggu depan along balik tau, mak ikut along tangkap ikan dekat sungai kantan. Nanti along masakkan mak ikan sambal yang hampir sama dengan masakkan mak.Along akhiri surat ini, mak jangan risau. Along balik naik bas waktu siang, along takut naik bas waktu malam takut terlajak tidur. Salam sayang amat sayang dekat mak along yang sorang ni. Peluk cium dari along untuk mak yang cantik ini. along 5 oktober 1993 surat ke 97.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BBM3410Satu: DIRI
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...
-
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera, Nama diberi Muhamad Nor Bin Norlizan, yang berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Pu...
-
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan